Jumaat, 12 November 2010

karakter WANITA ISLAM


Salimul Aqidah :-
bersih akidahnya dari sesuatu hal yang mendekatkan dan menjerumuskan dirinya dari lubang syirik.

Sahihul Ibadah:-
benar ibadahnya menurut Al-Quran dan As-Sunnah serta terhindar dari segala bid'ah yang dapat menyesatkan.

Matinul Khuluq:-
mulia akhlak sehingga dapat menunjukkan sebuah keperibadian yang menawan dan dapat meyakinkan kepada semua orang bahawa islam adalah rahmat bagi seluruh alam .

Qawiyul Jismi.

kuat fisiknya sehingga dapat mengatur segala kepentingan bagi jasmaninya yang merupakan amanah / anugerah dari Allah swt .

Musaqaful Fikri.
luas wawasan berfikirnya sehingga die mampu menerima berbagai informasi serta perkembangan yang terjadi disekitarnya.

Qadirun 'alal Kasbi.
mampu berusaha sehingga menjadikannya seorang yang berjiwa mandiri dan tidak mahu bergantung kepada orang lain dalam memenuhi segala keperluan hidup.

Mujahidun Linafsihi .
bersungguh-sungguh dalam jiwanya sehingga menjadikannya seseorang yang dapat meningkatkan setiap kesempatan ataupun kejadian hingga menimbulkan kebaikan pada dirinya ataupun orang laen.

Harisun 'ala Waqtihi
kecekapan salam memanfaatkan waktunya hingga menjadikannya seorang yang pantang membuang waktu untuk untuk melakukan ibadat , walau sedetikpun, kerana waktu yang kita guna kan selama hidup ini akan dipertanggungjawab kan dihadapan ALLAH swt.,

Munazham Fi Syu'unihi
teratur dalam urusan hingga menjadikan kehidupannya sempurna dalam segala hal yang menjadi tanggungjawab dan amanah . dapat menyelesaikan semua masalah dengan cara yang baik

Nafi'un Li Ghairihi
bermanfaat bagi orang yang lain ,sehingga menjadikannya seseorang yang bermanfaat dan diperlukan . kewujudan akan menjadi sebuah kebahagian bagi orang lain dan ketiadaan nya akan menjadikan kerinduan pada orang lain..




Tiada ulasan:

Catat Ulasan